AGP Picks
View all

Geno Melancarkan PassGo, Memperkenalkan Kelab Ganjaran Paling Komprehensif di Malaysia untuk Pemilik Kereta

KUALA LUMPUR, Malaysia, Oct. 03, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- PassGo, kelab ganjaran pertama di Malaysia yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan sepanjang tempoh pemilikan kereta, dilancarkan secara rasmi hari ini.

Dengan PassGo, pemilik kereta yang layak boleh mengumpul Mata PassGo (“Mata”) melalui aktiviti pemanduan dan tugasan harian. Mata ini boleh ditebus untuk servis kereta, pengecasan EV, aksesori kereta, baucar makan serta pelbagai ganjaran lain.

Kelab Ganjaran yang Dibangunkan Khusus untuk Pemilik Kereta
PassGo ialah kelab ganjaran gaya hidup automotif yang dibangunkan oleh Geno Group, yang direka untuk menghubungkan pemandu dengan rakan niaga dan penyedia perkhidmatan sepanjang tempoh pemilikan kereta. Geno Group merupakan syarikat teknologi global yang mengkhusus dalam penyelesaian dan infrastruktur kewangan berasaskan rantaian blok. Mata tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

Menjadikan Setiap Pemanduan Lebih Berbaloi
PassGo dilancarkan dengan Proton e.MAS sebagai rakan jenama utama, dengan rancangan untuk berkembang kepada lebih banyak jenama automotif dan rakan perkhidmatan bagi membentuk ekosistem perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi pengecasan EV, perkhidmatan selepas jualan, aksesori automotif, insurans serta perkhidmatan kewangan automotif.

Menjadikan Setiap Pemanduan Lebih Menguntungkan
PassGo dilancarkan dengan Proton e.MAS sebagai rakan jenama utama, dengan rancangan untuk berkembang kepada lebih banyak jenama automotif dan rakan perkhidmatan bagi membentuk ekosistem perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi pengecasan EV, perkhidmatan selepas jualan, aksesori automotif, insurans serta perkhidmatan kewangan automotif.

Melalui PassGo, pemilik kereta boleh mengumpul dan menebus ganjaran di seluruh rangkaian pedagang yang semakin berkembang. Seiring dengan pertumbuhan kelab ini, PassGo menyasarkan untuk meningkatkan jumlah ahli aktif dan memperluas capaian dalam kalangan permilik kereta di Malaysia.

“Memandu kereta adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, namun hubungan antara pemilik kereta dan jenama sering bermula dan berakhir dengan satu transaksi sahaja,” kata Ian Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Geno Group. “PassGo direka untuk membolehkan OEM dan pusat servis bertauliah berinteraksi serta mengekalkan pelanggan dengan lebih berkesan, sambil menawarkan nilai tambah, sinergi ekosistem dan pengalaman yang diperibadikan.”

Mula Mengumpul Ganjaran dengan PassGo
Aplikasi PassGo kini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Bagi meraikan pelancaran ini, ahli baharu berpeluang memperoleh Mata Bonus sepanjang bulan pelancaran: 100 Mata selepas log masuk pertama dan 300 Mata tambahan apabila berjaya memautkan kereta yang layak.

Sila layari:
Laman Web: https://passgo.my/
Facebook: https://www.facebook.com/PassGo.my/ 
Instagram @passgo2026

MENGENAI GENO EDGE (MALAYSIA) SDN. BHD.
Geno ialah anak syarikat Malaysia kepada Geno Group Limited, sebuah syarikat teknologi global yang memfokuskan kepada infrastruktur blockchain perusahaan yang disepadukan dengan lapisan pintar. Geno membangunkan sistem untuk aplikasi perusahaan serta infrastruktur pasaran kewangan bagi penyelesaian transaksi perniagaan-ke-perniagaan.

Hubungan Media
Syarikat:Geno Edge (Malaysia) Sdn. Bhd
Orang untuk Dihubungi: Rebecca Zhang
Emel: rebecca.zhang@geno.io
Laman Web: https://www.geno.io/
Telefon: +60 19-9003026
Bandar:Kuala Lumpur


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Cybercurrency News Center

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.